Monday, December 14, 2009

BERBUDI KEPADA TANAH

INILAH HASIL BERBUDI KEPADA TANAH
Gambar tanaman di belakang Madrasatul Huda Bukit Teratai






Wednesday, April 29, 2009

TAHU TAK SAMA DENGAN TAK TAHU

Baru-baru ini saya dan HAS pergi ke rumah jiran se kampung untuk membaiki alatan letrik di rumahnya yang tidak berfungsi. Mengikut lapurannya lampu dan kipas di salah satu bilik rumahnya tak dapat digunakan.

Saya bukan mahir tentang letrik. Sikit2 tu bolehlah. Itu sebabnya saya bawa rakan kongsi saya HAS yang saya anggap pakar tentangnya. Saya nyatakan beliau adalah pakar sebab dah ada track record (kesan perbuatannya) dan saya yakin padanya. Juga biasanya tanpa kos. Bawa orang lain nanti takut kena bayar pula. Kami pernah bekerja menyelengara sebuah Pangsa Puri lima blok 15 tingkat di AU2 Ulu Klang beberapa tahun dahulu.

Sampai ke rumah tersebut kami beri salam dan terus ke bilik yang bermasaalah tersebut. Bila diperiksa memang tiada aliran letrik masuk ke dawainya. Bila kami periksa kotak fius semuanya berfungsi dengan baik. Ini bermaksud aliran letrik ada masuk tapi tak sampai ke bilik tersebut. Apakah sebabnya? Pening kami dibuatnya.

Tiba2 sahabat kami Roy datang ke rumah tersebut. Dan tanpa melengah kami mengajukan masaalah kami. Roy memang seorang pakar letrik kerana beliau adalah seorang electrican pernah dijemput oleh masjid apabila masjid ada masaalah letrik di bangunannya.

Roy pernah membuat kerja letrik di rumah tersebut. Jadi dengan senangnya beliau tahu masaalah yang kami sedang hadapi. Beliau bertanya sama ada suis di tingkat dua on atau off. Kami kata kami tak tahu. Kami juga tak tahu ada swis di tingkat tersebut. Kami juga tak tahu ada kaitan aliran letrik di bilik yang bermasalah dengan suis yang disebutkannya.

Roy naik ke atas dan onkan suis yang dimaksudkannya dan kami di bawah periksa sama ada ada aliran letrik masuk ke dawai letrik di bilik tersebut. Nyatalah ada aliran letrik apabila kami periksa dawai tersebut.

Inilah namanya rezeki. Bukan rezeki makan tapi rezeki tenaga.

Kalaulah Roy tak datang kami sudah tentu tak dapat kesan masaalah yang dihadapi. Atau untuk mengesannya mungkin mengambil masa yang lama, sangat lama. Dengan kedatangan Roy segalanya selesai dengan sekelip mata. Roy telah membawa Joy (bahagia).

Tapi awas, janganlah kami menjadi syirik! Roy bukan datang sendiri. Beliau di hantar oleh Yang Maha Kuasa. Jadi yang memberi pertolongan kepada kami bukanlah Roy tapi Allah. Subhanallah. Roy hanyalah perantaraan Allah diilhamkan untuk datang pada saat yang sangat kami perlukan ilmu pengalamannya. "He sent the expert". DihantarNya seorang pakar. Alhamdulillah !

Ketika itu Roy memang sebuk sebab selepas beliau membantu memulihkan aliran letrik ke bilik tersebut beliau beredar menjalankan tugasnya yang lain. Tapi tidak sebelum pekena minum (redix dan jus pengaga) dan makan satey SPA yang disediakan.

Yang tahu tak sama dengan yang tak tahu. Yang tak tahu meraba2 saperti kami yang kena periksa macam2 untuk mencari punca masaalah. Sebaliknya puncaya sangatlah simple yaitu suis tak di"on"kan. Yang lain kacang sahaja. Kacang bukan sebab apa, sebab memang tiada masaalah langsung. Masaalahnya ialah suis tak di"on"kan. Itu pun kalau kita nak katakan ianya masaalah. Sebenarnya kalau difikir2kan itu juga bukannya masaalah. Masaalahnya ialah KAMI TAK TAHU.

Kalau ikut falsafahnya budak darjah satu pun boleh menyelesaikan masaalah kami tadi. Apa yang dia perlu buat ialah onkan suis di tingkat dua dan kipas dan lampu bermasalah tersebut akan berfungsi.

Itu pun kalau dia tahu. TAHU tak sama dengan TAK TAHU. Inilah pentingnya lmu. Dan itulah sebabnya kita mesti sentiasa menambahkan ilmu kita "dari buaian hingga ke liang lahat".

Kawan saya pernah kena bayar RM120.00 untuk mengantikan penyambung paip yang pecah bocor. Kos penyambung itu tak lebih dari RM1.00. Untungnya RM119.00 sebelum tolak kos minyak motosikalnya. Yang pelik lagi resitnya ditulis RM100.00 sebab katanya RM20.00 untuk poketnya dan RM100.00 untuk syarikatnya. Inilah kesan "TAHU tak sama dengan TAK TAHU". Kalau tahu kawan saya tersebut boleh cari orang yang tahu untuk membantunya dan jimat wang. Janganlah pilih orang yang tahu kita tak tahu membantu selesaikan masaalah kerana kita akan mudah di"kencingnya" (istilah orang muda yang bermaksud ditipunya). Kecualilah jika di kawan kita yang kita percaya.

Selasai tugas kami, kami diserahkan RM50.00. Serba salah pula kami dibuatnya. Kos kerja kami adalah kosong tapi dibayar RM50.00. Nak ambil tak elok, tak ambil tak boleh pula.

Keputusannya kami ambil wang tersebut dan kemudiannya menyuruh sahabat kami, OO belikan sebuah cerek letrik untuk kegunaan Madrasah (saya katakan pada OO yang saya suruh beliau supaya beliau juga akan dapat pahala nanti. Kalau saya beli sendiri tak dapat kongsi pahala). Besoknya OO belikan cerek tersebut dengan harga RM60.00 menggunakan wangnya RM10.00 (sedekah untuk Madrasah, katanya).

Biasanya yang akan menggunakan cerek itu ialah saya, HAS dan OO sendiri. Jadi pusing punya pusing kesitu juga, saya, HAS dan OO yang untung. Dulunya bila kami nak buat air minuman kami kena guna dapor gas untuk masak air. Dah ada cerek baru ini senanglah kami.

Kalau ada HM (kali ini tak jumpa beliau) jadilah kami kumpulan Mawarsari sebab kami berempat pernah sama2 bekerja di situ (Mawarsari) dahulu.

Yang peliknya lagi sahabat kami, HSM bila tahu yang kami nak beli cerek letrik untuk Madrasah memberikan saya RM50.00 sebagai sedekahnya untuk menampung pembelian cerek tersebut. Inilah satu masaalah yang ditunggu2. Kos cerek RM60.00 tapi wangnya ada RM100.00. Apa perlu dibuat sekarang dengan baki RM40.00?

????? Inilah rezeki Allah. Tak siapa yang rugi. Jika iklas InshaAllah akan diberikan pahala yang tak kita nampak.

Terima kasih kepada UJJ, HAS, OO, Roy, HSM dan yang membaca artikel ini. Semoga semuanya selamat. . . .

.

Monday, February 23, 2009

TENAGA

Tenaga adalah kuasa. Tenaga berkuasa. Kalau tidak ada tenaga maka tak adalah kuasa. Contohnya manusia. Jika manusia tidak ada tenaga maka ia tidak mempunyai kuasa. Orang yang terdampar sakit lumpuh tidak ada tenaga dan dengan itu ia tidak ada kuasa untuk mengerakkan anggota badannya. Orang yang bertenaga boleh angkat satu guni padi dengan mudah. Buruh Yaman di pelabuhan Jeddah dulu menurut ceritanya boleh angkat dan membawa lima atau enam beg jemeah Haji (satu/dua di atas kepala, dua di ketik, dua ditangan) dengan mudah kerana ada tenaga walau pun badan mereka kecil.

Tenaga adalah anugerah Allah. Peninju Muhammad Ali (float like a butterfly and sting like a bee - lincah terapong macam kupu-kupu tapi menyengat macam lebah) dulu bertenaga menumbangkan lawan tinjunya (teringat kata George Foreman di TV siaran memasak tahun lepas yang tumbukan kencang Muhammad Ali yang kena padanya tak sakit pun. Sebab katanya kerana dia terus pengsan lepas kena tumbuk. Katanya Ali masih menjadi kawannya. Musuh masa di gelanggang sahaja kerana masing-masing dah jadi kaya raya lepas bertinju, kalah atau menang) tetapi selepas bersara tidak bermaya sangat dan mengidap penyakit Pakingson (terketar2 tak boleh kawal). Serupa dengan pakar bedah jantung yang terkenal, Christian Bernard.

Allah menganugrahkan tenaga cahaya dan tenaga haba kepada matahari. Tapi sebagai makluk Allah yang taat, matahari tak kedekut. Ia memencarkan cahayanya dan habanya untuk kegunaan makluk Allah yang lainnya.

Hasil cahaya dan habanya bumi menumpang tuah. Terjadilah siang dan malam. Terjadilah musim yang membantu pokok tumbuhan hidup mengeluarkan hasil. Untuk siapa?

Makluk Allah ini tak kedekut kerana inilah ketentuan Allah. Hasil kegiatan mereka di serahguna dan dimanfaatkan oleh makluk Allah yang lain saperti binatang, manusia dan sebagainya.

Kita Kaji Tenaga Haba:
Siapakah yang boleh mengeluarkan tenaga haba. Pada contoh di atas tadi kita katakan matahari mengeluarkan tenaga haba (dan cahaya). Selain dari itu api boleh mengeluarkan tenaga haba. Lain-lain punca tenaga haba termasuklah cerek letrik, seterika, injin, gunung berapi dll.

Kita tanya pula bagaimana api dapat mengeluarkan haba? Jawabnya adalah hasil dari perubahan bahan kimia yang ada dari punca pembakaran (api) tersebut. Api tidak akan menyala dan mengeluarkan haba (dan cahaya) kalau tidak berlaku perubahan bahan kimia pada bahan yang disentuh api tersebut. Tanyalah ahli bomba apa yang menyebabkan kebakaran? Jawabnya: adanya bahan kimia yang mudah terbakar dan adanya udara (oksijen). Kemudian ada panas (haba).

Inilah konsep yang kita gunakan untuk gesek (istilah orang Kelantan). Gesek mengandungi bahan kimia mudah terbakar. Jika ada udara (oksijen) dan ada haba, gesek tersebut akan terbakar. Cara mendapatkan haba ialah dengan mengesek batang mancis tersebut (adakah sebab inilah orang Kelantan namakan mancis itu gesek?).

Ingat tak cerita Cow Boy dulu. Bagaimana heronya menyalakan api untuk menghisap rokok? Digeseknya kasutnya maka keluarlah api dari mancisnya. Ini menggunakan konsep yang sama; bahan (kimia) mudah bakar, oksijen dan hangat (haba). Bila digesek bahan kimianya panas, dan bila ada oksijen menyalalah ia. Kalau dalam air sudah tentu tak menyala kerana tak ada udara oksijen. Inilah sunatullah yang manusia kaji dan menggunakannya untuk dimenafaatkan.

Rengkasnya: Tenaga haba (panas) datangnya dari Tenaga Kimia (hasil perubahan bahan kimia yang ada pada gesek tersebut). Dengan lain perkataan TENAGA KIMIA (tenaga yang keluar dari perubahan bahan kimia) telah bertukar menjadi TENAGA HABA (Tenaga hasil dari/yang mengeluarkan panas/haba).

Contoh lain bahan kimia yang mengeluarkan Tenaga Kimia ialah minyak petrol.

TENAGA LETRIK boleh juga mengeluarkan TENAGA HABA. Contohnya: seterika letrik yang menukarkan tenaga letrik kepada tenaga haba (tenaga letrik jika disalurkan melalui dawai halus akan mengeluarkan haba). Atau cerek letrik.

Tenaga letrik juga boleh bertukar kepada TENAGA MEKANIKAL saperti dalam motor letrik atau jentera/kereta letrik.

Tenaga Haba pula boleh bertukar menjadi Tenaga Mekanikal sapertimana terdapat dalam sistem keretaapi yang menggunakan kuasa wap. Haba digunakan untuk memanaskan wap yang kemudian bertindak mengerakkan jentera kereta api tersebut.

Banyak lagi contoh pertukaran tanaga ini dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Secara amnya kita boleh katakan bahawa banyak jenis tenaga yang terdapat dalam dunia ini dan tenaga-tenaga tersebut boleh bertukar ganti atau bertukar bentuk. Atas kita manusia yang menguruskan perubahan tersebut untuk faedah kegunaan kita. Siapa yang bijak dialah yang dulu dapat.

Saperti biasa kalau kita adalah hanya sebagai pengguna, kita kenalah bayar untuk mendapatkan faedah dari penemuan orang lain.

Oleh itu asuhkan dan galakkanlah anak cucu kita mencipta demi untuk faedah manusia sejagat dan menjadi pelupur. Inilah jihat.

Jenis tenaga yang saya ingat belajar di sekolah dulu adalah Tenaga Keupayaan (Potential energy). Tenaga gerak atau Kinatik Energy, Tenaga cahaya, Tenaga cahaya, Tenaga letrik, ?, ?, ?. Nampaknya saya dah banyak lupa. Kena tanyalah anak/cucu/saudara kita yang dalam Tingkatan Tiga nampaknya. Mereka kena tahu, kalau tidak susah nak lulus PMR sains nanti.

Saya banyak gunakan tenaga kinatik dan tenaga keupayaan bila bertugas membawa kerusi ke majlis khenduri dulu. Saya boleh mengangkat 25 kerusi (25 kerana panjang lori boleh memuatkan hanya 25 kerusi) ke atas lori seorang diri sekali gus sahaja. Bukan gunakan ilmu batin tapi gunakan prinsip sains sunattullah. Saya aturkan berdiri 25 kerusi tegak di sebelah lori dan tolakkan sekali gus kerusi tersebut ke atas lori. Dan pastikan kerusi tersebut tak bercerai semasa ia jatuh ke atas lori. Biar kerusi tersebut terbaring atas lori dan bawa ke tempat yang dituju. Orang lain angkat lima kerusi sekali angkat.

Turunkan kerusi pun sama. Tolak keseluruhan 25 kerusi sekali gus ke tanah tapi pastikan kerusi berdiri tegak di atas tanah semasa diturunkan.

Tenaga kinatik dan tenaga keupayaan telah menolong saya. Mungkinkah ini ilmu batin - ilmu Sunattullah yang orang biasa tak nampak.

Telah dikatakan:
Adakah sama orang yang tahu dengan orang yang tak tahu? Jadi kenalah kita tahu kerana lebih baik kita tahu dari tak tahu.

Salam TokKiDi

Friday, February 13, 2009

AIRTanpa air

Air adalah unsur penting dalam penghidupan kita. Tanpa air kita tak boleh hidup. Serupa juga makluk lain di dunia ini, mereka memerlukan air untuk hidup. Tanpa air dunia akan menjadi kering kontang tanpa tumbuhan atau penghidupan. Yang ada hanyalah angin dan tanah kosong tanpa penghuni.

Menurut ahli sains air terdiri dari dua unsur elemen (bahan) kurnian tuhan, yaitu haidrojen dan oksijen. Simbul (tanda pengenalan) yang digunakan oleh ahli sains untuk haidrogen ialah "H" manakala oksijen ialah "O". Dan simbol yang digunakan untuk air ialah "H2O". Ini bermaksud air mengandungi dua haidrojen yang bergabung dengan satu oksijen.

Haidrojen dan oksijen sebagainana kita tahu adalah berbentuk gas. Bila bergabung ianya menjadi H2O atau air. Menakjubkan. Inilah ciptaan Allah. SUBHANALLAH.

Bentuk Air
Terdapat tiga bentuk air yaitu bentuk biasanya cecair, bentuk bekunya (ais) apabila ia sejuk kurang dari 0 darjah Celsius dan dalam bentuk gas apabila ia panas memelihi 100 darjah Celsius.

Rengkasnya air bila ia sejuk menjadi ais dan bila panas akan menjadi gas yang kita namakan wap. Dalam keadaan biasa air adalah dalam bentuk cecair.

Ketiga-tiga bentuk air ini berguna untuk kita manusia (dan juga makluk lain di dunia ini).

. . . . .. . . . .. . . . .


















Wednesday, February 11, 2009

MAKANAN

Nampak menyelerakan. Makanan di gambar pertama disediakan oleh Chef Madrasah, Hashan Ismail. Sekarang boleh jadi Chef sepenuh masa kerana baru sahaja pencen. Makanan (gambar kedua) disediakan oleh kumpulan Haji Bakar ketika mereka berniaga di Damansara. Juru fotonya tentulah saya. . . .