Monday, February 23, 2009

TENAGA

Tenaga adalah kuasa. Tenaga berkuasa. Kalau tidak ada tenaga maka tak adalah kuasa. Contohnya manusia. Jika manusia tidak ada tenaga maka ia tidak mempunyai kuasa. Orang yang terdampar sakit lumpuh tidak ada tenaga dan dengan itu ia tidak ada kuasa untuk mengerakkan anggota badannya. Orang yang bertenaga boleh angkat satu guni padi dengan mudah. Buruh Yaman di pelabuhan Jeddah dulu menurut ceritanya boleh angkat dan membawa lima atau enam beg jemeah Haji (satu/dua di atas kepala, dua di ketik, dua ditangan) dengan mudah kerana ada tenaga walau pun badan mereka kecil.

Tenaga adalah anugerah Allah. Peninju Muhammad Ali (float like a butterfly and sting like a bee - lincah terapong macam kupu-kupu tapi menyengat macam lebah) dulu bertenaga menumbangkan lawan tinjunya (teringat kata George Foreman di TV siaran memasak tahun lepas yang tumbukan kencang Muhammad Ali yang kena padanya tak sakit pun. Sebab katanya kerana dia terus pengsan lepas kena tumbuk. Katanya Ali masih menjadi kawannya. Musuh masa di gelanggang sahaja kerana masing-masing dah jadi kaya raya lepas bertinju, kalah atau menang) tetapi selepas bersara tidak bermaya sangat dan mengidap penyakit Pakingson (terketar2 tak boleh kawal). Serupa dengan pakar bedah jantung yang terkenal, Christian Bernard.

Allah menganugrahkan tenaga cahaya dan tenaga haba kepada matahari. Tapi sebagai makluk Allah yang taat, matahari tak kedekut. Ia memencarkan cahayanya dan habanya untuk kegunaan makluk Allah yang lainnya.

Hasil cahaya dan habanya bumi menumpang tuah. Terjadilah siang dan malam. Terjadilah musim yang membantu pokok tumbuhan hidup mengeluarkan hasil. Untuk siapa?

Makluk Allah ini tak kedekut kerana inilah ketentuan Allah. Hasil kegiatan mereka di serahguna dan dimanfaatkan oleh makluk Allah yang lain saperti binatang, manusia dan sebagainya.

Kita Kaji Tenaga Haba:
Siapakah yang boleh mengeluarkan tenaga haba. Pada contoh di atas tadi kita katakan matahari mengeluarkan tenaga haba (dan cahaya). Selain dari itu api boleh mengeluarkan tenaga haba. Lain-lain punca tenaga haba termasuklah cerek letrik, seterika, injin, gunung berapi dll.

Kita tanya pula bagaimana api dapat mengeluarkan haba? Jawabnya adalah hasil dari perubahan bahan kimia yang ada dari punca pembakaran (api) tersebut. Api tidak akan menyala dan mengeluarkan haba (dan cahaya) kalau tidak berlaku perubahan bahan kimia pada bahan yang disentuh api tersebut. Tanyalah ahli bomba apa yang menyebabkan kebakaran? Jawabnya: adanya bahan kimia yang mudah terbakar dan adanya udara (oksijen). Kemudian ada panas (haba).

Inilah konsep yang kita gunakan untuk gesek (istilah orang Kelantan). Gesek mengandungi bahan kimia mudah terbakar. Jika ada udara (oksijen) dan ada haba, gesek tersebut akan terbakar. Cara mendapatkan haba ialah dengan mengesek batang mancis tersebut (adakah sebab inilah orang Kelantan namakan mancis itu gesek?).

Ingat tak cerita Cow Boy dulu. Bagaimana heronya menyalakan api untuk menghisap rokok? Digeseknya kasutnya maka keluarlah api dari mancisnya. Ini menggunakan konsep yang sama; bahan (kimia) mudah bakar, oksijen dan hangat (haba). Bila digesek bahan kimianya panas, dan bila ada oksijen menyalalah ia. Kalau dalam air sudah tentu tak menyala kerana tak ada udara oksijen. Inilah sunatullah yang manusia kaji dan menggunakannya untuk dimenafaatkan.

Rengkasnya: Tenaga haba (panas) datangnya dari Tenaga Kimia (hasil perubahan bahan kimia yang ada pada gesek tersebut). Dengan lain perkataan TENAGA KIMIA (tenaga yang keluar dari perubahan bahan kimia) telah bertukar menjadi TENAGA HABA (Tenaga hasil dari/yang mengeluarkan panas/haba).

Contoh lain bahan kimia yang mengeluarkan Tenaga Kimia ialah minyak petrol.

TENAGA LETRIK boleh juga mengeluarkan TENAGA HABA. Contohnya: seterika letrik yang menukarkan tenaga letrik kepada tenaga haba (tenaga letrik jika disalurkan melalui dawai halus akan mengeluarkan haba). Atau cerek letrik.

Tenaga letrik juga boleh bertukar kepada TENAGA MEKANIKAL saperti dalam motor letrik atau jentera/kereta letrik.

Tenaga Haba pula boleh bertukar menjadi Tenaga Mekanikal sapertimana terdapat dalam sistem keretaapi yang menggunakan kuasa wap. Haba digunakan untuk memanaskan wap yang kemudian bertindak mengerakkan jentera kereta api tersebut.

Banyak lagi contoh pertukaran tanaga ini dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Secara amnya kita boleh katakan bahawa banyak jenis tenaga yang terdapat dalam dunia ini dan tenaga-tenaga tersebut boleh bertukar ganti atau bertukar bentuk. Atas kita manusia yang menguruskan perubahan tersebut untuk faedah kegunaan kita. Siapa yang bijak dialah yang dulu dapat.

Saperti biasa kalau kita adalah hanya sebagai pengguna, kita kenalah bayar untuk mendapatkan faedah dari penemuan orang lain.

Oleh itu asuhkan dan galakkanlah anak cucu kita mencipta demi untuk faedah manusia sejagat dan menjadi pelupur. Inilah jihat.

Jenis tenaga yang saya ingat belajar di sekolah dulu adalah Tenaga Keupayaan (Potential energy). Tenaga gerak atau Kinatik Energy, Tenaga cahaya, Tenaga cahaya, Tenaga letrik, ?, ?, ?. Nampaknya saya dah banyak lupa. Kena tanyalah anak/cucu/saudara kita yang dalam Tingkatan Tiga nampaknya. Mereka kena tahu, kalau tidak susah nak lulus PMR sains nanti.

Saya banyak gunakan tenaga kinatik dan tenaga keupayaan bila bertugas membawa kerusi ke majlis khenduri dulu. Saya boleh mengangkat 25 kerusi (25 kerana panjang lori boleh memuatkan hanya 25 kerusi) ke atas lori seorang diri sekali gus sahaja. Bukan gunakan ilmu batin tapi gunakan prinsip sains sunattullah. Saya aturkan berdiri 25 kerusi tegak di sebelah lori dan tolakkan sekali gus kerusi tersebut ke atas lori. Dan pastikan kerusi tersebut tak bercerai semasa ia jatuh ke atas lori. Biar kerusi tersebut terbaring atas lori dan bawa ke tempat yang dituju. Orang lain angkat lima kerusi sekali angkat.

Turunkan kerusi pun sama. Tolak keseluruhan 25 kerusi sekali gus ke tanah tapi pastikan kerusi berdiri tegak di atas tanah semasa diturunkan.

Tenaga kinatik dan tenaga keupayaan telah menolong saya. Mungkinkah ini ilmu batin - ilmu Sunattullah yang orang biasa tak nampak.

Telah dikatakan:
Adakah sama orang yang tahu dengan orang yang tak tahu? Jadi kenalah kita tahu kerana lebih baik kita tahu dari tak tahu.

Salam TokKiDi

No comments:

Post a Comment